Friday, October 22, 2010

Extreme Outdoor Expedition '10 (Hari Kejadian Part 3)

10/10/2010
Hari yang paling bez skali wat camping kali ini..kumpulan aku adelah antare kumpulan yg bertuah kerna merupakan kumpulan pertama yang melakukan aktiviti caving dan tiubing..
Pagi tu,selesai sarapan pagi,kumpulan Gunung Ledang (yakni kumpulan aku) di jadualkan utk melakukan aktiviti caving..kami semua diminta menyiapkan diri antara kelengkapan yang perlu kami bawa adelah handkerchief,dan juge head lamp..Kami semua telah pun di bawa menjelajah Gua Kandu pada pagi itu diiringi oleh Cik Aimi..nila kali pertama seumur hidup aku di beri peluang utk menjelajah gua..macam2 ade kat dalam tu rupenye..ade mcm patung orang tgh 'rukuk',ade batu mcm kepala rimau..dan mcm2 lg lah..sejarah gua ni dulu,digunakan sebagai tempat komunis berlinduk..sebab tu la ade 1 part dalam gua ni ade tande bintang komunis tu..isk3..tak sangka betul aku dpt masuk tmpat cam ni..tu la die kisah kami semua semase caving ni..

Sebelum menjelajah gua,kite snap dulu..
Aktiviti seterusnya adelah water tiubing..Water tiubing ni ade lah 1 aktiviti di mane kami menggunakan tiub (mcm pelampung yang tayar lori kat Wetworld tu la) sapanjang sungai..memang chill la aktiviti kali ni..hampir dua jam jugak kami lakukan aktiviti ni.. Malam itu,selepas makan,kami semua di kumpulkan..malam ni agak menyedihkan wat aku..mlm tu,ade fasi yang tanye kami sape yang hafal lagu tema kami semua iaitu lagu 'Gemuruh'..aku adelah antara yang menghafal lagu tu..lagu tu sering menjadi pilihan aku bile p karaoke..heheeee..tapi nasib x menyebelahi aku mlm ni..sape yg hafal lagu tu,akan kena rendam dalam sungai..nak wat cam ne..redha je la..tu la kisah aku pada malam tersebut..

Extreme Outdoor Expidition '10 (Hari Kejadian Part 2)

9/10/2010
Pagi itu,seawal jam 6.30 pagi kami telah dikejutkan oleh penghuluwati iaitu teman kami,Farhanin..memang liat gile nak bangun pagi tu memandangkan pagi tu kumpulan aku bertugas sebagai sentri dari jam 4 pagi hingga 6 pagi..tap macam2 mane pun,tetap kena bangun..selepas solat subuh,kami  semua di arahkan utk loading barang ke dalam lori..selesai je loading barang,kami semua sarapan pagi bersama-sama..
Seawal jam 9 pagi hari berkenaan,kami semua telah pun bertolak ke destinasi utama kami..iaitu ke Gopeng,Perak..kami menaiki bas mengikut kumpulan Gunung..
Dalam pukul 12 tghari,kami semua selamat sampai ke tapak perkhemahan kami..iaitu di Kem Murni,Kampung Jahang,Gopeng,Perak..
Setibanya di sane,kami masing2 di bagi tugas mengikut kumpulan gunung utk aktiviti camp craft..tugas yg kumpulan aku terima kali ini adelah utk membina khemah peralatan..alhamdulillah,sebelum malam menjelma,kami semua berjaya menyiapkan camp craft..petang itu,segala jenis barangan elektronik yang kami bawa telah pon di ambil oleh pihak berkuasa..gadget sepaerti handphone dan mp4 adelah antara peralatan yg di haram kan..yg lebih menyedihkan lagi,segala barang2 yang berbau wangi telah di rampas..haha..perfume,bedak,dan shower gel kami telah di rampas buat sementara waktu..
Selepas selesai makan dan solat,kami semua di beri kesempatan utk tidur di khemah pusat beramai-ramai..wah,bahgie nye dapat tidur..walaupun tubuh ini di mamah nyamuk2 dan agas2,kami semua tetap lena kerana kepenatan..
Rupe2 nye,pihak berkuasa telah merencana kan satu aktiviti utk kami pade malam itu..aku lebih tertarik utk menggelarkan aktiviti malam itu sebagai game Lemak Manis..ini die sedikit cerite tentang malam 'Lemak Manis' pada malam berkenaan..
Semase sedang nyenyak tidur,kami telah di kejutkan oleh fasi..tapi aku x berapa ingat siape..maklum lah,tengah mamai2 baru bangun tidur..aktiviti malam ini semacam aktiviti Explorace gitu la..dimana kami di beri klue yang akhirnye akan menemukan kami dengan barang misteri..macam2 yang kami lakukan utk mendapat petunjuk seterusnya..antaranye,kami di minta menghibur fasi2 dan lecturer2 yang mane kami rase mereka memiliki klue berkenaan..yg paling best mlm tu apebila kami di minta menari Chicken Dance oleh Cik Aimi..hukuman ni diberikan kepada kami kerana mengganggu Cik Aimi yang sedang nyenyak tidur..mcm2 pengalaman pelik lagi yang kami dapat pade pagi itu..contohnye kami di minta utk meminta klue daripada 'atuk kebayan'..klu terakhir malam itu yang sangat best..kami diminta berbalas pantun dgn sekumpulan pelajar senior yang berkumpul dgn menyanyikan lagu 'Lemak Manis'..nah,akhirnya kami berjaya mendapat klue terakhir dan menemukan barang misteri tersebut..ianye merupakan sebungkus jajan dan sebotol air Coke..memang best la dapat makan jajan setelah bertungkus lumus menyelesaikan misi game tersebut..

Extreme Outdoor Expidition '10 (Hari Kejadian Part 1)

Nama Program : Extreme Outdoor Expidition '10
Nama Penganjur : Pelajar Diploma Pengajian Sukan SR113 semester dua
Tarikh: 8 hingga 14 Oktober 2010
Tempat: Kem Murni, Gua Tempurung, Gopeng Perak

Ken kali ini same seperti kem kami yg lepas,yak ni melibatkan semua pelajar Program SR113 semester dua daripada UiTM Shah Alam,Jengka,dan Kolej INSTEDT..
Hari pertama iaitu pada 8hb oktober,kami semua telah berkumpul di Dataran Kolej Kenanga Uitm shah alam.Kami semua di kuaranti di kolej ini sebelum meneruskan perjalanan ke Gopeng Keesokkan harinye..
Kami telah di bahagikan kepada 3kumpulan besar,iaitu Gunung Tahan,Gunung Ledang,dan Gunung Santubong..Di bawah gunung2 tadi pula terdapat 2 kumpulan bukit setiap satu nye..Di bawah gunung Ledang tedapat Bukit melawati dan Bukit Kepong..di bawah setiap bukit pula di bahagikan lagi kepada dua mengikut name sungai..di bawah Bukit Kepong misalnya terdapat Sungai Kesang dan Sungai Bernam yg merupakan sungai tempat saye bernaung..heheee
Pada malam tersebut,kami telah mengendalikan majlis Perasmian untuk program tersebut..Perkhemahan ini telah di rasmikan oleh Encik Norasrudin Bin Sulaiman iaitu ketua program bagi SR223..
Terdapat sedikit masalah semasa majlis tersebut seperti,masalah kerosakan amplifier..namun semuanya berjalan seperti biasa..
Setelah majlis tersebut tamat,kami telah di benarkan untuk tidur dan berehat utk menyydiakan diri keesokkan harinya..namun, kami masih perlu bergilir2 menjadi santry  pada malam tersebut..

Extreme Outdoor Expidition '10 (Preparation)

Hmmmm...Macam2 nak kena wat menjelang final camp..Di beri tanggungjawab sebagai pengarah projek merupakan cabaran terbesar wat aku..tapi nak wat cam ne,kena hadapi gak kan demi kelancaran program..
Aku memang tak tau sangat pasal camping ni pade mule nye..Tapi atas tunjuk ajar pensyarah dan juga rakan2,sedikit sebanyak dapat membantu..
Semua perkara perlu di titik beratkan..sebelum bercampping,kami perlu memantau tempat perkhemahan,mengendalikan majlis pembukaan dan juga penutupan..Kat sini saye sertakan gambar2 semasa kami membuat persediaan sebelum camping tibe..








Flying Fox...):

Skali lg aktiviti terbang2 ni menggamit sanubari..haha..seawal jam 8 pagi kami semua berkumpul di belakang kolam renang UiTM Shah Alam..tmpat tu memg dah cantik da..tapi atas sebab2 tertentu,kami cume dpt setup barang je...tp x dpt nak terbang..heeee....
Antara peralatan yg di perlukan untuk aktiviti kali ini:
1.Harness
2.Rope ( ni la yg menyebabkan aktviti x dpt di jalankan)
3.Crag
4.Pully
5.Figure of eight
6.Safety helmet
7.Glove
8.Sling
9.Proper shoes
Mule nye kitorang sume da excited gile nak wat aktiviti ni..tp atas dasar2 keselamatan,kami di larang utk meneruskan aktiviti ini..walau bagaimanepun,ilmu2 secara teori yg kami perolehi sangat berharga...sekurang2 nya kami semua selamat..Alhamdulillah..

Thursday, October 21, 2010

Kayaking time!!!!

Hai raye paling membahagiakan buat aku..heeeee...ni lah aktiviti kami kali ini..berkayak di hari raye..seronok kan bunyi nye..aktiviti kali ini adelah antara aktiviti yang aku nanti2 kan..bez betul bile wat aktiviti air macam air cam ni..
Lokasi kami kali ini adelah Taman Tasik Shah Alam..
SR113 kayaking time

Paddling



Abseiling

1 September 2010..tarikh keramat buat diri aku sebab kena terjun tingkat 11..hisy..ngeri betul..kali pertama dalam hidup ni..tapi aku harap ade peluang kedua nak wat abseiling ni lagi sebab best sangat rupenye..abseiling ni dari kefahaman aku adelah satu aktiviti menuruni tempat tinggi dengan menggunakan tali..
Bermula dari pukul 8 pagi lagi kami telah  berada di menara berkembar dekat fakulti of mekanikal engineering UiTM shah alam ni..kami pada mulanya belajar untuk setting sebelum memulakan aktiviti ni..
Antara peralatan yang kami perlukan utk menyetting abseiling ni adelah:
1.harness
2.static/dinamic rope
3.carabina
4.glove
5.safety helmet
6.sling
7.crag
8.figure of eight

helmet,glove,dan harness
peralatan utk set up abseiling ni..
Bukan senang nak setting activity kali ini..maklum lah aktiviti abseiling ni mempunyai risiko yang sangat tinggi..so,kami di ajar utk settting tali utk abseiling ti dan juga safety line..safety line ni ade lah tali yang diikat bowline pade badan kite..kire tali utk backup kite daripade ape2 perkara yang tidak baik la kan..
Lebih kurang dalam pukul 10 tu kami selesai setting game kali ini..aku adelah wanita terakhir yang melakukan terjunan kali ini..ececeh..bukan sebab aku takut..(tapi sebenarnye takut la jugak)..dalam abseiling ni,kami didedahkan dengan 3 jenis terjunan..iaitu spiderman style,australian(running style),dan juge jumping style..aku adelah satu2nye peserta wanita yang memilih running style..sebab aku pilih style ni ade lah kerana aku nak tengok kebawah..mase nak berlepas tu,aku bace bismillah banyak2..takut betul nak terjun tingkat sebelas ni..tapi bile dah lepas sikit2,aku berjaya mengawal ketakutan aku tu..di pertengahan terjunan tu,aku rase bez la pulak..
Itulah kenangan aku bersama abseiling..semoga aku di beri peluang kedua utk melakukan terjunan ni..tapi tak nak la sebab kena repeat paper outdoor..heeeeee