Friday, August 27, 2010

Orienteering Class..

Orienteering class pada hari ini sangat menguji ketahanan dan kesabaran kami semua kerana ianya telah di adakan pada bulan puasa..paada awalnya,saya beranggapan kemungkinan kami semua akan kepenatan,tapi saya silap..ternyata kami semua dapat menamatkan kelas ini dengan jayanye..
Kelas pada kali ini sekali lagi di adakan di Kolej Kenanga..seawal jam 8.30 pagi,Encik Hisyam telah memberi taklimat tentang kelas kami hari ini..kami haruslah membuat 7 checkpoint yang mane jarak kesuluruhannya haruslah melebihi 300m hingga 400m..
Saye bersama rakan saye Anati telah memberi name  Nasi Kerabu kepada kumpulan kami..
Untuk membuat checkpoint,kami perlulah mencari bearing sesuatu tempat yang kami tetapkan di ikuti dengan kiraan jarak..menurut Encik Hisyam,setiap dua langkah,di anggarkan satu meter..kami semua di bekalkan dengan sebuah magnetic compass bagi setiap kumpulan..kami juga di minta untuk membuat peta laluan kami semua..
Kurang daripada satu jam,kami semua sudah siap menyediakan laluan orienteering..setelah itu,kami semua bertukar-tukar trek utk bermain orienteering..
Checkpoint pertama kami..
Inilah dia magnetic compass..
Ni la die magnetic compass..
kerja2 mencari bearing..
Kerja2 menampal kertas checkpoint..
Dalam pukul 12 tengahari,kami semua telah pon berjaya menyesaikan permainan masing2..

Sekian..

Introduction Camp....!!! (part Two)

Penat betul mlm tu..selepas siap je wat campcraft,kami sume solat,makan malam sebelum meneruskan aktiviti pada malam itu..kami telah pon di bagikan kepada 8 kumpulan..yang mane setiap kumpulan terdiri daripada 10 ke 11 ahli..aktiviti pertama pd malam adelah ice breaking..kami di minta untuk membuat cheers..wah,seronok betul aktiviti ini..mcm2 trademark yang kami ditonjolkan..
Setelah itu,aktivity di teruskan dengan permainan rantai nama..di mana kami semua di arahkan mengingat semua name peserta2 lain..
Aktiviti seterusnya adalah knotting..pelbagai jenis simpulan yang di ajarkan kepada kami..kebanyakkan nye telah pun kami pelajari semasa di kelas..tapi ingat2 lupe la pulak..terpaksa lah refresh balik..
Aktivity berakhir lebih kurang jam 5 pagi..kami semua di benarkan pulang ke campsite..ade juga kumpulan yang ditugaskan menjadi santry pada malam itu,dan kumpulan kami telah pon di tugaskan untuk menyediakan sarapan pagi pada hari itu..
Pagi ini,pelbagai aktivity di janjikan kepada kami..antaranya adalah orienteering,camp craft,jungle trekking,blind trail,dan juge management game..sumernye best..kumpulan saye pada pagi itu di arahkan untuk membuat campcraft terlebih dahulu..antara tugas yang perlu kami lakukan adalah untuk membersihkan kawasan perkemahan,dan juga longkang..
Setelah selesai membuat campcraft,aktiviti kumpulan saye seterusnya adalah orienteering..orinteering adalah di antara aktiviti kegemaran saye..kami di arahkan untuk membuat pandu arah di dalam hutan..
setelah selesai aktiviti pandu arah pada tengah hari itu,kami semua pulang ke campsite untuk makan tengah hari..

Orinteering

Kerjasama membawa berkat..
Petang ini,satu aktiviti yang telah di nanti kan berlangsung..Blind Trail..huhu..lucu benar rase nye bila di ingatkan kembali bagaimana kami berjalan dengan mata yang tertutup..kami haruslah melalui jalan yang telah di tetapkan pada kami..parit,tasik,semua kami lalui pada hari itu..ianya mengajar saye erti kesabaran kerana kami telah pun di simbah dengan air lumpur..tapi apekan daya,kami hanya lah insan buta pade hari itu..selesai blind trail,kami semua pulang ke campsite utk membersihkan diri dan makan malam..

Yuhuuu..kami masuk dalam tasik...

Bersatu teguh..bercerai kite roboh..
Malam itu..

Aktiviti di teruskan lagi dengan kelas first aid..kami di dedahkan dengan jenis2 bandage dan dressing pada malam itu..aktiviti ini berakhir lebih kurang pukul 1  pg..aktiviti tidak berhenti setakat itu..selepas itu,satu aktiviti yang sangat mendebarkan telah berlangsung..iaitu Night Wak..kami semua telah di bawa ke sebuah kawasan di mana tempat permulaan night walk..kami di lepaskan seorang demi seorang..sementara menanti giliran,kami semua di benarkan tidur di atas jalan..
Giliran saye tibe pada jam 4 pagi..seorang fasilitator telah mengejutkan saye pada waktu itu..saye memulakan perjalanan saye dengan membaca Ayat Kursi..sepuluh minit berlalu dan saye telah pun menamatkan Night walk pada pagi itu..

Hari terakhir..

Pagi ini aktiviti yang di beri kepada kumpulan kami sangat membahagiakan saye..management game..aktiviti santai dan enjoyable kali ini telah di conduct oleh beberapa orang fasi yg sangat sporting..banyak permainan yang kami lakukan..antaranye adelah "kawin cerai rujuk'',dan juga "jambatan kasut"..

Jambatan kasut..

Pindah botol..
Buat satu bulatan..
Itulah aktiviti terakhir kami sebelum di meniggalkan bukit cherakah..kami di minta pulang ke campsite dan mengemaskan barang2..kemudian kami mengemas khemah2 dan tapak perkhemahan..
Sebelum pulang,kam semua mengambil gambar sebagai kenang-kenangan..

Semoga bertemu lagi di Final Camp..
Setelah makan tengah hari,kami semua di arahkan mengangkat barang2 ke dalam lori..stelah selesai,kami pun bertolak pulang ke UiTM Shah Alam..

Begitulah berakhirnya Introduction Camp yg telah kami jalankan..

Introduction Camp....!!! (Ketibaan kami ke Bukit Cherakah)

Kini tiba masanya untuk intro camp..setelah berpenat-lelah membuat persiapan,kami pon berjaya melancarkan Introduction Camp kami yang telah berlangsung di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam atau lebih di kenali sebagai Bukit Cherakah..Aktiviti yang dijalan kan selama tiga hari ini bermula pada 6 hingga 8 Ogos 2010..Banyak sangat pengalaman yang ingin di kongsi bersama..so,check it out..

6 Ogos 2010..
Pada hari ini kami telah pun dipertemukan buat pertama kalinya dengan pelajar-pelajar semester dua Diploma Pengajian Sukan yang datang daripada UiTM Jengka dan Kolej Instedt..Seronok sangat dapat bertemu dengan mereka semua..jika sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon dan Yahoo Messenger utk membincangkan tentang Intro Camp ini,kali ini kami berpeluang untuk bersemuka dengan mereka..
Lebih kurang pada pukul 11 pagi,kesemuanya telah pun berkumpul di hadapan stor FSR untuk membuat cheklist barang dan meloading barang2 ke dalam lori..kami diberi taklimat ringkas daripada fasilitator yang bertugas..

*kerja-kerja membuat memeriksa checkist barang
Pada tengahari itu,pelajar lelaki muslim telah pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat,manakala pelajar perempuan di kuarantin di kawasan Kolej Kenanga..saya antara yang bertuah kerana di arahkan untuk pergi ke tapak perkemahan terlebih dahulu untuk menghantar barang-barang..setelah solat jumaat,barulah yang lainnya turun ke campsite..

* Hoooraayyyy..bertolak ke Bukit Cherakah..


*kami dah sampai..
 Nampaknye,sampai sini dulu kisah ni..sebab saye kena tido..to be continue..(;

Wednesday, August 25, 2010

First Aid Class..

Percaye ke tak percaye ade topic ni dalam kursus Outdoor??Kena percaya jugak sebab memang ade pon..first aid ni penting tak kira la siape pon kite ni..student ke,cikgu ke,ibu tunggal sekali pun,pada aku harus memiliki basic utk first aid ni..bayangkan lah bila satu hari nanti orang yang kite sayang berada dalam keadaan yang memerlukan kite untuk lakukan rawatan kecemasan ni..ape perasaan kite kalau kite tak mampu melakukannya dan menyebabkan orang tu meninggalkan kite?? fikir-fikirkanlah..

So,bagi yang tak ade basic first aid ni,bagus la kalo korang bace entry ni,at least korang tau something..dan bagi yang dah tau,betul kan lah sekiranya ade kekhilafan..check it out..(:

Definition Of First Aid: The first people on the scene, the first Aider, can initiate many life-saving procedures :
  • Airway & respiratory intervention
  • Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)
  • Bleeding Control
  • Special wound care
  • Stabilization of spinal injuries
  • Splinting of fractures
 Definition of First Aid :
  • First Aid is the immediate care given to a person who is injured or suddenly become ill.
  • FA include recognize life-threatening conditions & taking effective action to keep the injured or ill person alive & in the best possible condition untill medical treatment can be obtained.
  • First Aid does not replace the physician,nurse,or paramedic.
  • Primary principle of First Aid is to activate the Emergency Medical Services (EMS) system in all cases of serious injury.
The principal aims to first aid are to:
  • Recognize life threatening situations
  • Activate the EMS system
  • Supply artificial ventilation and circulation when needed
  • Control bleeding
  • Care for other life-threatening conditions
  • Minimize further injury & complication
  • Prevent infection
  • make the victim as comfortable as possible
Ha,yang aku membebel tu baru pasal teori je..ni pas ni nak citer pasal practical class yang dah pon kami lalui..
Semase kelas ni,kami diperkenalkan dengan sebuah peti yang diberi name Peti Kecemasan..dalam bahase omputihnye adelah First Aid Kit..


*ni lah rupenye first aid kit tu..
Dan ni pulak ade lah kegunaannye:
  1. Tweezers : Instrument used to remove fragments of a foreign body (usually splinters) accidentally introduced under the skin.
  2. Absorbent cotton : Absorbent white cotton containing no fatty or resinous substances; it is used to clean wounds.
  3. Elastic support bandage : Extensible fabric that is rolled around a limb to reduce an edema (swelling) or to secure a bandage or splint.
  4. Scissors : Instrument with two movable overlapping shanks having sharp inside edges; they are used for trimming and cutting.
  5. Antiseptic : Substance that kills pathogenic microorganisms on living tissue.
  6. First aid manual : Booklet describing how to treat common injuries and illnesses.
  7. Gauze roller bandage : Roll of extremely light, transparent cotton fabric used to make compresses or dress wounds.
  8. Adhesive bandage : Adhesive strip with a piece of gauze for dressing wounds.
  9. Cotton applicators : Stick whose ends are covered with cotton wadding; they are used to clean and disinfect wounds
  10. Sterile pad : Piece of sterilized gauze that is folded into several layers and used to dress wounds.
  11. Triangular bandage : Triangular piece of fabric used to dress wounds.
  12. Rubbing alcohol : Alcohol used to clean and disinfect skin or wounds after scarring.
  13. Splints : Small strips of wood, metal or plastic used to immobilize a limb that is fractured, sprained or dislocated.
  14. Aspirin : Salicylic acid tablet used to treat pain, fever and inflammation.
  15. Peroxide : Antiseptic used to clean and disinfect wounds.
  16. Adhesive tape : Sticky tape used to fasten bandages, compresses and other materials to a wound.
Ni pulak adalah gambar-gambar yang sempat kami rakam kan semasa kelas First Aid ini:
*Arm sling bandage ini dibuat daripada triangular bandage
*Anduh tigasegi
*Anduh Kecil
*ring pad ini digunakan untuk membalut luka tertusuk

Nampak nya itu saja lah yang dapat saya kongsikan pada entry kali ini..Semoga ilmu yang dikongsi berguna suatu  hari nanti..

Sunday, August 22, 2010

Me And Mine..

Post kali ini istimewa untuk menceritakan kisah.."Me And Mine"..Happy sangat sebab kami berdua baru saje menyambut ulangtahun hubungan kami yang kedua pada 23 July yang lalu..pejam celik pejam celik,dah dua tahun rupanya kami bersama..dah banyak sangat kenangan pahit dan manis yang kami lalui  bersama..ape yang paling penting,hubungan kami telah pun direstui oleh orang tua kami berdua..

Saat-saat kami bersama..
Pada 24 July keesokkan harinya,kami telah pun keluar utk menyambut ulangtahun kami..saye telah pun membelikan hadiah sebuah wallet utk die..hope die suke hadiah tu..dan saye pula telah mendapat 3 kuntum bunga ros dan coklat..bunga tu sweet sangat wat saye..sampai hari ni pon saye masih simpan lagi bunga tu..

Hadiah Anniversary saye yang ke 2..

Bile ingat2 balik mase mule2 kenal tu,rase macam tak percaye pulak kami boleh sampai sini..mane tak nye,saye seorang budak nakal,yang hidupnye cume untuk enjoy,dan die pulak ade lah seorang lelaki yang baik dan tak pernah bercinta..tapi jodoh kami panjang sehingga dapat bertahan sejauh ini..sebenarnya saya harap kami dapat bersama lebih lame lagi,kalau bole selame-lamenye..siape yang nak kehilangan lelaki macam die..selame hubungan kami,die x pernah ambil buat perkara yang tak baik samada pada saye ataupun orang lain..die slalu pesan kat saye untuk tutup aurat,jangan tinggal solat,dan macam2 lagi nasihat die pade saye..sebab tu saye  sayang kat die..(=

Saye tau ramai teman2 die yang  suke die berkawan dengan saye sebab saye ni budak nakal dan freehair..tapi die selalu tak kisah dan die seringkali cakap kat saye die x kisah siape saye,dan die yakin saye mampu berubah menjadi lebih baik suatu hari nanti..kadang2 saye terfikir jugak untuk pakai tudung,tapi saye belum sedia lagi..saye xnak saye pakai tudung semata-mata kerana die..jadi saye perlu mencari sebuah keikhlasan terlebih dahulu..

Terima kasih ye abang..sebab banyak bersabar dengan saye selame kite bersama..saye harap kite dapat menyambut ulangtahun kite yang akan datang,sampai bile2..

Camp Craft, Packing Your Rucsac..

Pada kelas kali ini,pada 21 july yang lalu,kami semua telah pun belajar tentang Camp Craft..seawal jam 8.30 pagi,kami semua telah berkumpul di Kolej Kenanga..Kolej Kenanga di pilih sebagai tapak perkhemahan kami kali ini kerana ianya mempunyai kawasan lapang dan redup dilitupi pokok-pokok..selain itu kedudukan kolej kenanga yang berhampiran dengan stor peralatan juga memudahkan kerja-kerja mengangkut dan memulangkan barang-barang yang dipinjam dari stor utk aktiviti kali ini..


*kawasan tapak perkhemahan di Kole Kenanga..

Ape itu Camp Craft??
Dari ape yang saye faham,Camp Craft ni adelah aktiviti membina  khemah dan mengemas khemah..ianya juge merangkami pemilihan tapak perkhemahan yang betul dan munasabah..contohnye,kate Encik Hisyam,kite kene elakkan pembinaan khemah yang berada di bawah pokok atau dahan yang reput atau pokok mati..khuatir kalau dahan tu patah..tak pasal-pasal je kang..

Okey,first of all,kitorang di kehendaki membawa keluar peralatan yang nak digunakan untuk aktiviti camp craft tersebut..antaranya adalah:
1. 4 men tent
2. 8 men tent
3. Fly sheet
4. Ground Sheet
5. Static Rope

*antara barang-barang yang kami gunakan..

Setelah tu kami pon melakarkan layout utk pembinaan khemah..kat mane nak letak khemah pusat,khemah dapur,sickbay,khemah perempuan,khemah lelaki dan macam2 perkara lagi yang harus di titikberatkan..


*candid semasa rakan-rakan berbincang tentang layout tapak perkhemahan..

Ha,bukan senang tau nak pasang khemah..semua perkara harus dititik beratkan..arah angin,kedudukan,semua kena amik tahu..jgn pandang remeh semua benda tu..ianya penting utk memastikan kite selamat sepanjang perkhemahan..jangan sampai memori menjadi tragedi..

Selesai je melakarkan layout,kami semua memulakan kerja-kerja pembinaan khemah..utk hari tersebut,kami hanya membina khemah pusat dan khemah penempatan..maklumlah waktu yang di peruntukan sangat terhad..


*pastikan dulu ground sheet dan fly sheet tidak koyak atau berlubang
Hmm..mula2 sekali utk pasang khemah pusat ni,kite perlu memastikan groundsheet dan fly sheet yang hendak digunakan tidak koyak atau berlubang..selepas tu,kite haruslah bentangkan ground sheet terlebih dahulu sebelum memasang fly sheet..


*ha..nak ikat ni pun kena guna teknik knotting yang betul tau..bukan main blasah je..

Bukan senang nak pasang khemah pusat ni..ikatan kat pokok pon bukan boleh main blasah je..kena guna jenis knotting yang betul..takut nanti tak pasal-pasal je ikatan terbuka..

*khemah pusat kami...(=
Inilah hasilnya daripada penat lelah kami semua..sebuah khemah pusat..

Sementara itu terdapat juga pelajar membina khemah penempatan..

*kerja-kerja pembinaan khemah penempatan..
Untuk khemah penempatan,kami gunakan 4 men tent dan juga 8 men tent..nampak macam senang untuk bina khemah ni,tapi sebenarnye,kalau salah teknik,kite akan banyak bazir mase..
Selepas selesai je buat khemah pusat dan khemah penempatan,kami semua berkumpul untuk mendengar syarahan Encik Hisyam di bawah khemah pusat..banyak yang di pesan kepada kami tentang perkhemahan dan juga Introduction Camp kami yang akan berlangsung beberape minggu lagi selepas kelas itu..
Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan,kami di minta membuka kembali khemah dan memulangkan barang-barang yang di pinjam ke stor peralatan..

Sekian saja kelas Camp Craft yang telah kami jalan kan..

Saturday, August 21, 2010

Knotting Class..

Salam,

Wah seronoknye kelas knotting..!! Tak tahu pon ade lebih beratus jenis simpulan kat dunia ni..bayangkanlah macamana sukarnya nak ingat teknik2 simpulan tu..Nasib baiklah Encik Hisyam cuma ajar 11 jenis simpulan..tu pon dah jenuh nak mengingatkan..Dan..Inilah Hasilnya:

*ha..pening kepale x nak wat cam ni???
*yang ni namenye reef knot
Ha,yang ni pulak adelah jenis simpulan reef knot..ikatan ini biasanya digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh..ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang untuk di buka semula..

*bowline ni..sekali tengok macam bentuk telinga kan...
Simpulan bowline ni pulak digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini boleh digunakan semasa kerja-kerja menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai..

*ikatan jenis clove hitch
Simpulan jenis clove hitch ni juge lebih dikenali sebagai simpul manok..ianya digunakan bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau ke pancang kerana cara begini mudah dibuka dan tidak mudah tanggal ikatannya..

*sheet band pulak..
Simpulan ini digunakan bagi menyambung dua tali yang tidak sama besar saiznya..contohnya bagi menyambung tali perahu dengan tali kapal..

*yang ni sheet shank tau..
Ianya diguna untuk memendekkan tali yang panjang tanpa perlu memotongnya..ianya juga diguna untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh..


*fishermen knot..nelayan pon ade cara ikat tali tau..
Simpulan ini pulak adalah untuk menyambungkan dua tali yang licin atau menyambung tali pada mata kail..jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat kerana gegelung yang dibuat tidak mudah tergelongsor..


*fishermen chair knot..
Jenis knot ni pulak sesuai unyuk kerja menyelamat..dimane ade dua loops yang terbentuk..satu untuk memasukkan lengan dan satu lagi untuk kaki mangsa..

*figure of eight knot..macam nombor 8 kan...??
Figure of 8 knot ni pulak selalunye digunakan sebagai stopper..


*Figure of eught double loop..
Lebih kurang la macam figure of eight tu..tapi lebih kukuh la agaknye..huhu..

*Figure of eight follow the through
Biasanya jenis ikatan ini di gunakan untuk menyangkutkan sesuatu gelung..tapi sebenarnye macam-macam lagi kite boleh gunakan dengan ikatan jenis ini..

*butterfly knot..
Jenis simpulan ini adalah antara yang palin kukuh..ianya seringkali digunakan untuk menyelamatkan tali yang rosak..jadi tak perlu la kite buang tali yang rosak tu..

Kesimpulan daripada kelas hari ini..
Terdapat banyak jenis simpulan dalam dunia ini..dan setiap satunya mempunyai kegunaan yang berbeza-beza..daripada menyelamatkan mangsa,hinggalah untuk membuat perhiasan..dalam perkhemahan pula,kita akan gunakan banyak jenis ikatan untuk mendirikan khemah..pemilihan simpulan yang betul dapat menjamin keselamatan kite..bahkan dapat menyelamatkan nyawa orang lain..!..jadi,hargailah ilmu ini..
Sekian..

Friday, August 20, 2010

Introduction Class..

Salam..
Sangat mendukacitakan buat para pelajar perempuan SR113 part 2  sebab tak dapat menghadirkan diri ke kelas outdoor yang pertama sebab terpaksa menyetelkan permohonan kolej kediaman..tapi daripada maklumat yang kami dapati,Encik Hisyam meminta kami semua membawa tali ke kelas berikutnya untuk belajar knotting..hmm..ape tu knotting??Check it out di post yang seterusnya.......