Sunday, August 22, 2010

Camp Craft, Packing Your Rucsac..

Pada kelas kali ini,pada 21 july yang lalu,kami semua telah pun belajar tentang Camp Craft..seawal jam 8.30 pagi,kami semua telah berkumpul di Kolej Kenanga..Kolej Kenanga di pilih sebagai tapak perkhemahan kami kali ini kerana ianya mempunyai kawasan lapang dan redup dilitupi pokok-pokok..selain itu kedudukan kolej kenanga yang berhampiran dengan stor peralatan juga memudahkan kerja-kerja mengangkut dan memulangkan barang-barang yang dipinjam dari stor utk aktiviti kali ini..


*kawasan tapak perkhemahan di Kole Kenanga..

Ape itu Camp Craft??
Dari ape yang saye faham,Camp Craft ni adelah aktiviti membina  khemah dan mengemas khemah..ianya juge merangkami pemilihan tapak perkhemahan yang betul dan munasabah..contohnye,kate Encik Hisyam,kite kene elakkan pembinaan khemah yang berada di bawah pokok atau dahan yang reput atau pokok mati..khuatir kalau dahan tu patah..tak pasal-pasal je kang..

Okey,first of all,kitorang di kehendaki membawa keluar peralatan yang nak digunakan untuk aktiviti camp craft tersebut..antaranya adalah:
1. 4 men tent
2. 8 men tent
3. Fly sheet
4. Ground Sheet
5. Static Rope

*antara barang-barang yang kami gunakan..

Setelah tu kami pon melakarkan layout utk pembinaan khemah..kat mane nak letak khemah pusat,khemah dapur,sickbay,khemah perempuan,khemah lelaki dan macam2 perkara lagi yang harus di titikberatkan..


*candid semasa rakan-rakan berbincang tentang layout tapak perkhemahan..

Ha,bukan senang tau nak pasang khemah..semua perkara harus dititik beratkan..arah angin,kedudukan,semua kena amik tahu..jgn pandang remeh semua benda tu..ianya penting utk memastikan kite selamat sepanjang perkhemahan..jangan sampai memori menjadi tragedi..

Selesai je melakarkan layout,kami semua memulakan kerja-kerja pembinaan khemah..utk hari tersebut,kami hanya membina khemah pusat dan khemah penempatan..maklumlah waktu yang di peruntukan sangat terhad..


*pastikan dulu ground sheet dan fly sheet tidak koyak atau berlubang
Hmm..mula2 sekali utk pasang khemah pusat ni,kite perlu memastikan groundsheet dan fly sheet yang hendak digunakan tidak koyak atau berlubang..selepas tu,kite haruslah bentangkan ground sheet terlebih dahulu sebelum memasang fly sheet..


*ha..nak ikat ni pun kena guna teknik knotting yang betul tau..bukan main blasah je..

Bukan senang nak pasang khemah pusat ni..ikatan kat pokok pon bukan boleh main blasah je..kena guna jenis knotting yang betul..takut nanti tak pasal-pasal je ikatan terbuka..

*khemah pusat kami...(=
Inilah hasilnya daripada penat lelah kami semua..sebuah khemah pusat..

Sementara itu terdapat juga pelajar membina khemah penempatan..

*kerja-kerja pembinaan khemah penempatan..
Untuk khemah penempatan,kami gunakan 4 men tent dan juga 8 men tent..nampak macam senang untuk bina khemah ni,tapi sebenarnye,kalau salah teknik,kite akan banyak bazir mase..
Selepas selesai je buat khemah pusat dan khemah penempatan,kami semua berkumpul untuk mendengar syarahan Encik Hisyam di bawah khemah pusat..banyak yang di pesan kepada kami tentang perkhemahan dan juga Introduction Camp kami yang akan berlangsung beberape minggu lagi selepas kelas itu..
Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan,kami di minta membuka kembali khemah dan memulangkan barang-barang yang di pinjam ke stor peralatan..

Sekian saja kelas Camp Craft yang telah kami jalan kan..

No comments: