Saturday, August 21, 2010

Knotting Class..

Salam,

Wah seronoknye kelas knotting..!! Tak tahu pon ade lebih beratus jenis simpulan kat dunia ni..bayangkanlah macamana sukarnya nak ingat teknik2 simpulan tu..Nasib baiklah Encik Hisyam cuma ajar 11 jenis simpulan..tu pon dah jenuh nak mengingatkan..Dan..Inilah Hasilnya:

*ha..pening kepale x nak wat cam ni???
*yang ni namenye reef knot
Ha,yang ni pulak adelah jenis simpulan reef knot..ikatan ini biasanya digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh..ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang untuk di buka semula..

*bowline ni..sekali tengok macam bentuk telinga kan...
Simpulan bowline ni pulak digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini boleh digunakan semasa kerja-kerja menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai..

*ikatan jenis clove hitch
Simpulan jenis clove hitch ni juge lebih dikenali sebagai simpul manok..ianya digunakan bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau ke pancang kerana cara begini mudah dibuka dan tidak mudah tanggal ikatannya..

*sheet band pulak..
Simpulan ini digunakan bagi menyambung dua tali yang tidak sama besar saiznya..contohnya bagi menyambung tali perahu dengan tali kapal..

*yang ni sheet shank tau..
Ianya diguna untuk memendekkan tali yang panjang tanpa perlu memotongnya..ianya juga diguna untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh..


*fishermen knot..nelayan pon ade cara ikat tali tau..
Simpulan ini pulak adalah untuk menyambungkan dua tali yang licin atau menyambung tali pada mata kail..jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat kerana gegelung yang dibuat tidak mudah tergelongsor..


*fishermen chair knot..
Jenis knot ni pulak sesuai unyuk kerja menyelamat..dimane ade dua loops yang terbentuk..satu untuk memasukkan lengan dan satu lagi untuk kaki mangsa..

*figure of eight knot..macam nombor 8 kan...??
Figure of 8 knot ni pulak selalunye digunakan sebagai stopper..


*Figure of eught double loop..
Lebih kurang la macam figure of eight tu..tapi lebih kukuh la agaknye..huhu..

*Figure of eight follow the through
Biasanya jenis ikatan ini di gunakan untuk menyangkutkan sesuatu gelung..tapi sebenarnye macam-macam lagi kite boleh gunakan dengan ikatan jenis ini..

*butterfly knot..
Jenis simpulan ini adalah antara yang palin kukuh..ianya seringkali digunakan untuk menyelamatkan tali yang rosak..jadi tak perlu la kite buang tali yang rosak tu..

Kesimpulan daripada kelas hari ini..
Terdapat banyak jenis simpulan dalam dunia ini..dan setiap satunya mempunyai kegunaan yang berbeza-beza..daripada menyelamatkan mangsa,hinggalah untuk membuat perhiasan..dalam perkhemahan pula,kita akan gunakan banyak jenis ikatan untuk mendirikan khemah..pemilihan simpulan yang betul dapat menjamin keselamatan kite..bahkan dapat menyelamatkan nyawa orang lain..!..jadi,hargailah ilmu ini..
Sekian..

No comments: